018-363 3382 samrahtravelkl@gmail.com
Selamat Datang ke SAMRAH Travel
018-363 3382 samrahtravelkl@gmail.com
Selamat Datang ke SAMRAH Travel

UMRAH CUTI SEKOLAH FEB 2024

(1 Review)
Jarak Hotel Madinah : 100m+-
FromRM8,990
Jarak Hotel Madinah : 100m+-
FromRM8,990
Booking Form
Enquiry Form
Nama*
Telefon*
E-Mail*
Mesej*
* I agree with Terms of Service and Privacy Statement.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step
The tour is not available yet.

Proceed Booking

Save To Wish List

Adding item to wishlist requires an account

3610

Kenapa tempah dengan Samrah Travel?

Jaminan harga terbaik
Khidmat pelanggan 24/7
Pilihan mengikut keselesaan anda
Insurans terjamin bersama

Ada soalan?

Jangan lepaskan peluang ini. Kami adalah tim yang sentiasa ingin berikan solusi..

Telah ditubuhkan sejak 1994 dan sudah lebih 25tahun pengalaman dalam menguruskan jemaah ke Tanah Suci

603-9200 7050

Samrahtravelkl@gmail.com

  • Dari 11H/09M
  • Perlindungan Insurans
  • 3X Makan/ Asia Buffet
  • Kul-Med / Jed-Kul
  • 1 x Mutawwif
  • Tiket Pergi Balik
Hotel Madinah & Makkah Setaraf
Maklumat Hotel Penginapan di Madinah & Makkah

Hotel Madinah

Nama Hotel :Emmar Elite /Concorde Dar Al Khair@ Setaraf
Jarak Hotel :100meter
Rating4 Bintang
Sajian Makanan3X Makan/sehari (Masakan Melayu Asia Buffet)
Tag :

Hotel Makkah

Nama Hotel :Emaar Jadwa Al Khalil / Mira Ajyad @ Setaraf
Jarak Hotel :250 meter +-
Rating3 Bintang
Sajian Makanan3X Makan/sehari (Masakan Melayu Asia Buffet)
Tag :

HARGA PAKEJ TERMASUK:

โœ… Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi Visa (Ziarah)
โœ… Pengangkutan (Bas)
โœ… Ziarah dan Lawatan
โœ… Penginapan di Mekah dan Madinah
โœ… Perlindungan Insurans berkelompok
โœ… Mutawwif
โœ… Makan di Mekah & Madinah
โœ… Cenderahati: Cabin beg, beg sandang, buku panduan & telekung/Ihram.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK:

โŽ Ziarah Taif.
โŽ Seat Business Class.
โŽ Haramain High Speed Train.
โŽ Tiket Penerbangan/Penginapan Domestik.
โŽ Bayaran activation Starter pax Simcard Arab Saudi.

Upgrade/Tambahan Pakej

  • Seat Business Class (Malaysia Airlines) RM2500
  • Seat Business Class (Saudi Airlines) RM4500
  • Harga Kanak-kanak (12 Tahun kebawah) berkatil – Tolak RM300 dari harga pakej dewasa.
  • Harga Kanak-kanak (12 Tahun kebawah ) tanpa katil – Diskaun 25%
  • Harga Infant (2 Tahun kebawah) – RM2500
  • Visa Umrah dengan bayaran RM300
  • Haramain Tren (Ekonomi) Sehala RM 350
TERMA & SYARAT SERTA SOP COVID-19

1. Deposit Pelancongan.

Deposit maksimum sebanyak 25% daripada tambang pelancongan setiap orang mesti dibayar sebagai penempahan. Bakinya atau
bayaran penuh mesti dibuat dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas bagi pakej pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT) dan 21 hari bagi pakej pelancongan berkumpulan. Kegagalan untuk mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan pelucuthakan deposit.

2. Caj Pindaan.

2.1. Bagi Pakej Pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT)

2.1.1. Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, apa-apa perubahan yang dibuat kemudiannya kepada penempahan itu akan dikenakan caj pindaan sebanyak RM50.00 seorang bagi setiap perubahan.

2.1.2. Tiada perubahan boleh dibuat dalam masa 8 hari bekerja sebelum tarikh berlepas.

2.1.3.Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal dan tertakluk kepada caj pembatalan seperti yang ditakrifkan dalam dasar pembatalan (lihat fasal 3.1 untuk pakej pelancongan FIT).

2.2. Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan :

2.2.1. Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, tiada perubahan kepada tempahan boleh dibuatkan dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas.

2.2.2. Walaubagaimanapun, apa-apa permintaan daripada mana-mana anggota untuk membuat apa-apa perubahan supaya dapat pulang lebih awal atau kemudian daripada kumpulannya, tertakluk kepada syarat masing- masing syarikat penerbangan.

2.2.3.Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal.

3. Caj Pembatalan Bagi Pembatalan Yang Dibuat Oleh Anggota Pelancongan.

  • 3.1. Bagi Pakej Pelancongan FIT
  • 3.1.1. Pembatalan tempahan mesti dibuat secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 30 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, kos pentadbiran minimum sebanyak RM50.00 atau 10% daripada deposit pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih rendah) seorang akan dikenakan.
  • 3.1.2. Jika notis pembatalan itu diterima 29 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas caj yang berikut akan terpakai :
[tablesome table_id=”8526″ show_serial_number_column=”0″ search=”1″ hide_table_header=”0″ sorting=”1″ filters=”0″ page_limit=”10″]
ย 
3.1.3 Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan mengenai promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.1.2 I (Catatan : Tiket penerbangan adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat syarikat penerbangan. la mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluannya. Apa-apa pindaan kepada laluan atau perubahan tarikh perjalanan oleh mana-mana penumpang adalah semata-mata atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan yang dilakukan. Walaubagaimanapun, apa-apa bayaran balik yang dibuat oleh mana-mana syarikat penerbangan untuk pembatalan yang dibuat 2 hari bekerja atau kurang sebelum hari perjalanan bagi tambang bukan promosi hendaklah dibayar kepada anggota pelancongan selepas ditolak apa-apa caj pentadbiran yang ditanggung oleh syarikat pelancongan).
  • 3.2 Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan :
  • 3.2.1 Pembatalan tempahan perlu mesti secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, pentadbiran minimum sebanyak RM30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.
  • 3.2.2 Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai :

[tablesome table_id=”8529″ show_serial_number_column=”0″ search=”0″ hide_table_header=”0″ sorting=”1″ filters=”0″ page_limit=”10″]

  • 3.1.3 Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.2.2. (Catatan: Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat syarikat penerbangan. la mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung). *perlucuthakan- kehilangan hak deposit.

4. Pembatalan Oleh Syarikat.

4.1. Pakej Pelancongan FIT :

  • 4.1.1. Syarikat berhak untuk membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.
  • 4.1.2. Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau pelancongan lain. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima pelancongan alternatif, semua wang yang telah dibayar akan dibayar balik kepada penumpang selepas ditolak pentadbiran yang kena dibayar

4.2. Pakej Pelancongan Berkumpulan :

  • 4.2.1. Syarikat berhak membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.
  • 4.2.2. Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau pelancongan lain. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima pelancongan alternatif itu, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada penumpang selepas ditolak pentadbiran yang kena dibayar.
  • 4.2.3. Jika keadaan memerlukan syarikat membatalkan lawatan disebabkan oleh kekurangan penumpang atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, syarikat akan memulangkan semua wang yang telah dibayar dan juga membayar pampasan seperti yang berikut :

[tablesome table_id=”8530″ show_serial_number_column=”0″ search=”0″ hide_table_header=”0″ sorting=”1″ filters=”0″ page_limit=”10″]

5. Dokumen Perjalanan.

5.1. Tanggungjawab Anggota Pelancongan

  • Anggota pelancongan mestilah mempunyai :

  • (a) Pasport antarabangsa atau dokumen perjalanan diiktiraf yang lain yang sepatutnya sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan semula ke negara asal

  • (b) Visa yang perlu dan perakuan vaksinasi dan kesihatan yang dikehendaki oleh pelbagai pihak berkuasa negara yang hendak dilawati

5.2. Tanggungjawab Syarikat

  • Syarikat mengaku janji untuk :
  • (a) Menasihati anggota pelancongan mengenai dokumen yang diperlukan
  • (b) Mana-mana mungkin, syarikat akan membantu penumpang untuk memperoleh visa yang sesuai. Walaubagaimanapun, syarikat tidak dapat menjamin kelulusan mana-mana permohonan visa.

5.3. Fi dan Caj Yang Relevan

  • Caj perkhidmatan dan visa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anggota pelancongan.

5.4. Penolakan Visa atau Dokumen Perjalanan.

  • Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang pelancongan selepas ditolak pentadbiran akan dibayar balik.

5.5. Penolakan Kemasukan.

  • Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.

6. Maklumat Lawatan dan Harga.

(1) Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat lawatan dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak menaikkan harga dengan syarat ia mernberitahu pelanggan dengan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.

(2) Syarikat berwaad bahawa perkara-perkara yang berikut dimasukkan ke dalam tambang pelancongan:

  • (a) Tiket kapal terbang pergi balik, tidak termasuk semua cukai lapangan terbang dan apa-apa cukai yang terpakai.
  • (b) Penginapan hotel, berdasarkan:
  • (i) dasar berkongsi (dua orang sebilik);
  • (ii) tambahan seorang (orang yang menginap bersendirian – orang itu hendaklah membayar tambahan seorang); dan
  • (iii) berkongsi tiga (tiga orang melancong bersama
  • Bagi kumpulan yang terdiri daripada 3 orang, tempat penginapan adalah berdasarkan tiga orang berkongsi satu bilik di mana-mana berkenaan. Tambang pelancongan kanak-kanak sebagaimana yang diiklankan adalah berdasarkan kanak-kanak yang berumur 2 tahun tetapi tidak melebihi 12 tahun, yang berkongsi bilik kembar dengan dua orang dewasa.
  • (c) Semua makanan, lawatan bersiar-siar dan perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.
  • (d) Semua lawatan bersiar-siar dan pemindahan adalah berdasarkan tempat duduk dalam bas.
ย 

(3) Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam tambang pelancongan ialah :

  • (a) Dobi;
  • (b) Makanan dan minuman yang tidak terdapat dalam menu lazim;
  • (c) Rombongan pilihan;
  • (d) Upah mengangkat barang di lapangan terbang dan hotel dan semua perkara persendirian.
  • *berwaad- mengikat perjanjian

7. Bayaran Balik Untuk Perkhidmatan Yang Tidak Digunakan.

Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana anggota berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan bersiar-siar, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain yang termasuk dalam tambang tetapi tidak digunakan oleh anggota pelancongan atas sebab peribadi.

8. Bagasi.

Syarikat penerbangan ada memperuntukkan elaun bagasi percuma dan kuantum dan syaratnya mungkin berbeza antara satu syarikat kapal terbang dengan yang lain atau antara satu pihak berkuasa lapangan terbang dengan yang lain. Peraturan ini turut terpakai bagi bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Ejen pelancongan akan menasihati penumpang tentang syarat-syarat itu. Penumpang dikehendaki membeli pelindungan insurans yang mencukupi.

9. Kemungkinan Pertukaran.

Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan lawatan bersiar-siar, hotel dan Ialuan diubah. Jika ini berlaku, syarikat hendaklah membuat perkiraan alternatif bergantung kepada keadaan tempatan.

10. Hak Untuk Menolak Penempahan.

Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau tempahan yang telah dibuat untuk pelanggan atau untuk enggan menerima atau mengekalkan seseorang menjadi anggota pelancongan sekiranya dia didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pelancongan itu. Syarikat juga berhak membatalkan tempahan jika atas apa-apa sebab, mana-mana pembawa, hotel atau kontraktor lain enggan untuk membenarkan mana-mana peserta menyertai pelancongan itu. Dalam mana-mana keadaan sedemikian tanggungjawab adalah semata-mata untuk memulangkan semula kepada anggota pelancongan itu wang yang telah dibayar setelah ditolak amaun perkhidmatan yang telah digunakan dan perkhidmatan dan pembatalan.

11. Tanggungjawab Syarikat.

Syarikat dan ejen bersekutunya hendaklah bertanggungjawab bagi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan, sebagaimana yang ditunjukkan dalam brosur mereka. Syarikat hendaklah membayar pampasan yang sesuai yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Pelancongan sekiranya, selepas penyiasatan dibuat, Persuruhjaya mendapati perkhidmatan yang disediakan tidak seperti yang terdapat di dalam brosur dan perjanjian.

12. Insurans Perjalanan.

Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi.

SOP COVID-19
Prosedur Operasi Standard - Covid 19

SOP persediaan (Pasca COVID 19) dari Malaysia.

  • Pastikan telah menerima 2 dos vaksin dan 1 dos penggalak (Booster).
  • Sihat tubuh badan dan tiada gejala COVID 19. Jika perlu, dapatkan surat pengesahan doktor perubatan.
  • Sediakan passport yang masih ada sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan, 4 keping gambar ukuran 4 x 6 cm, buku suntikan ACYW 135 dan dokumen mahram (jika perlu).
  • Memiliki telefon pintar yang telah memuat turun applikasi Tawakkalna sebelum bertolak.
  • Tiada halangan perjalanan. Sila semak status anda melalui webย SSPI
ย 

SOP (Pasca COVID-19) sebelum berlepas ke Saudi.

  • Dinasihatkan supaya bakal jemaah menjaga kesihatan diri sendiri. Dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh berlepas, Elakkan terlalu banyak bercampur gaul dengan orang ramai (kuarantin โ€“ kendiri).
  • Di nasihatkan bakal jemaah mengambil takaful/ insurans perjalanan (travel insurance) yang memberi perlindungan sekiranya berlaku pembatalan perjalanan (trip cancellation) akibat COVID 19
  • Pastikan bakal jemaah telah benar โ€“ benar bersedia dari segi persiapan ilmu manasik umrah.

SOP jemaah (Pasca COVID-19) semasa berada di Saudi.

  • Sentiasa mengamalkan SOP COVID-19 seperti memakai pelitup muka setiap masa, menjaga jarak, dan pastikan minum air sebanyaknya untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Elakkan selalu berada di tempat yang bersesak-sesak.
  • Hendaklah sentiasa patuh kepada undang-undang pasca COVID-19 Saudi dan gunakan applikasi Tawakkalna sebelum memasuki mana-mana premis di Saudi.
  • Mematuhi slot waktu yang ditetapkan untuk melaksanakan umrah dan ziarah Raudhah serta permit solat di Masjidil Haram.
  • Lapor segera kepada mutawwif anda sebaik sahaja anda berasa tidak sihat atau timbul gejala COVID 19.
  • ย 

SOP jemaah (pasca COVID -19) sebelum berlepas balik ke Malaysia.

  • Melakukan PCR swab test di atas kos sendiri (SR180 โ€“ SR200) yang akan diatur oleh pihak SAMRAH Travel Sdn. Bhd. di hotel anda di Saudi 24 jam sebelum waktu berlepas. ( Tertakluk kepada perubahan Arab Saudi)

SOP jemaah (pasca COVID-19) sewaktu ketibaan di KLIA.

  • Pastikan anda telah bersedia dengan Mysejahtera semasa masuk di KLIA. Menyerahkan keputusan RTK negatif kepada pihak KKM di KLIA. ( Jika diminta, Tertakluk kepada perubahan Semasa )
  • Menjalani PCR swab test di KLIA secara percuma bagi rakyat Malaysia.
  • Sila rujuk portal MySejahtera Traveller untuk sentiasa mengemaskini status anda sepanjang kuarantin.
Aturcara Am Perjalanan Umrah 11 HARI/12 Hari
**Aturcara ini untuk rujukan awal sahaja dan tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa mengikut kepada jadual penerbangan**

HARI 01KLIA/ JEDDAH/ MADINAH

  • Jemaah diminta berada di KLIA (Aras 5 kaunter โ€˜Kโ€™) 3 jam sebelum berlepas. Berlepas ke Madinah pada jam 01.30 petang. Jemaah dijangka tiba di Madinah pada jam 05.25 ptg waktu tempatan.
  • Jemaah akan disambut oleh mutawwif dan dibawa ke hotel. Daftar masuk hotel.

Nota : Jemaah akan dimaklumkan untuk muat turun aplikasi Nusuk untuk slot Ziarah Raudhah & Umrah

HARI 02, 03, 04MADINAH

  • Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa ziarah Raudhah (tertakluk kepada masa kebenaran slot aplikasi)
  • Jemaah akan dibawa ziarah ke Masjid Qubaโ€™, Bukit Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Khomsah dan Ladang Tamar. (tertakluk kepada kebenaran & SOP terkini)
  • Acara bebas

HARI 05 & 06MADINAH-MEKAH

  • Jemaah diminta bersiap sedia dengan pakaian ihram untuk bertolak ke Makkah selepas solat Zohor.
  • Jemaah akan di bawa ke Masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah).
  • Jemaah di jangka tiba di Makkah jam 08.00 malam. Setelah berehat seketika, jemaah akan dibawa menunaikan umrah (tawaf, saiโ€™e, bercukur).
  • Aturcara bebas.

HARI 07 & 08MAKKAH

  • Selepas sarapan, jemaah akan dibawa ziarah ke tempat-tempat bersejarah sekitar kota Makkah seperti Jabal Thur, Jabal Nur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Mudzalifah, Mina dan Jaaranah. (Kebenaran ziarah tertakluk kepada kebenaran & SOP di Saudi)
  • Aturcara bebas

HARI 09 & 10MAKKAH

  • Selepas sarapan, Jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah. Jemaah dibawa melawat muzium Haramain Makkah. (Kebenaran ziarah tertakluk kepada kebenaran &SOP di Saudi)
  • Aturcara bebas.

HARI 11 & 12MAKKAH/ JEDDAH-KLIA

  • Jemaah diminta bersiap sedia untuk berangkat pulang ke Malaysia. tawaf widaโ€™ akan dimaklumkan oleh mutawwif sebelum pulang ke malaysia.
  • Jemaah dijangka tiba di KLIA pada jam 12.45 tengah malam.

** Aturcara perjalanan berubah mengikut kesesuaian dan keadaan semasa**

Notis !

* Harga di atas/pakej tertakluk kepada perubahan pertukaran matawang asing, kenaikan harga tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang semasa. Sila rujuk kepada staff SAMRAH Travel untuk sebarang pertanyaan mengikut harga semasa.

Soalan Lazim

Adakah pakej Umrah dari Samrah Travel boleh dipercayai?

Ya, kami adalah agensi yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Lesen kami adalah (KPL/LN :5923 / 826825-U) . Anda boleh rujuk di laman rasmi MOTAC disini!
untuk semakan.

Apakah pakej yang ditawarkan oleh Samrah Travel

Kami menawarkan pakej Umrah dan pakej pelancongan muslim lain dengan harga yang berpatutan untuk pelanggan-pelanggan kami.

Saya akan menguruskan visa dan tiket penerbangan saya sendiri. Bolehkah anda uruskan โ€œgroundโ€ saya

Kami memberi anda fleksibiliti untuk perjalan umrah anda. Jika anda mempunyai Tiket anda dan Visa kami akan uruskan hotel dan pengangkutan untuk anda dan juga sebaliknya jika anda mahu kami uruskan hanya Tiket dan Visa, kami juga boleh lakukannya. Memberikan anda pilihan untuk memilih pakej perjalanan anda sendiri mengikut kesesuaian keperluan anda. Sila semak pakej yang kami sediakan disini

Ulasan Terbaru

1 Review
Sort By:RatingDate

Bambang Wijaya

Solo Traveller

test

27-Dec-2023
1 travellers are considering this tour right now!
FromRM8,990
Book Now