Jaminan harga terbaik
Khidmat pelanggan 24/7
Pilihan mengikut keselesaan anda
Insurans terjamin bersama
Jangan lepaskan peluang ini. Kami adalah tim yang sentiasa ingin berikan solusi..
Telah ditubuhkan sejak 1994 dan sudah lebih 25tahun pengalaman dalam menguruskan jemaah ke Tanah Suci
603-9200 7050
Samrahtravelkl@gmail.com
✅ Penginapan di Makkah/Madinah.
✅ Sektor Penerbangan terus :
✅ Kuala Lumpur – Jeddah & Madinah – Kuala Lumpur @ Setaraf (KULJED)
✅ Kuala Lumpur – Madinah & Jeddah – Kuala Lumpur @ Setaraf (KULMED)
✅ Pakej Makan FULLBOARD (3x Sehari) atau BED & BREAKFAST.
✅ Pengurusan VISA (Umrah/Pelancong).
✅ Insuran Perjalanan selama 14 Hari.
✅ Kelengkapan (Bagasi/Beg Kabin/Beg Sandang/Kain Ihram/Telekung/Lanyard/Tagging Beg/Buku Panduan Umrah/Uncang Kasut).
✅ Ziarah Madinah dan Makkah seperti dalam inteneri.
✅ Pengangkutan seperti dalam inteneri.
✅ Bimbingan Mutawwif dan Mutawwifah yang berpengalaman.
✅ Group whatsapp bersama Mutawwif.
✅ Kursus Umrah Percuma.
❎ Ziarah Taif.
❎ Seat Business Class.
❎ Haramain High Speed Train.
❎ Tiket Penerbangan/Penginapan Domestik.
❎ Bayaran activation Starter pax Simcard Arab Saudi.
Deposit maksimum sebanyak 25% daripada tambang pelancongan setiap orang mesti dibayar sebagai penempahan. Bakinya atau
bayaran penuh mesti dibuat dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas bagi pakej pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT) dan 21 hari bagi pakej pelancongan berkumpulan. Kegagalan untuk mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan pelucuthakan deposit.
2.1. Bagi Pakej Pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT)
2.1.1. Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, apa-apa perubahan yang dibuat kemudiannya kepada penempahan itu akan dikenakan caj pindaan sebanyak RM50.00 seorang bagi setiap perubahan.
2.1.2. Tiada perubahan boleh dibuat dalam masa 8 hari bekerja sebelum tarikh berlepas.
2.1.3.Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal dan tertakluk kepada caj pembatalan seperti yang ditakrifkan dalam dasar pembatalan (lihat fasal 3.1 untuk pakej pelancongan FIT).
2.2. Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan :
2.2.1. Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, tiada perubahan kepada tempahan boleh dibuatkan dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas.
2.2.2. Walaubagaimanapun, apa-apa permintaan daripada mana-mana anggota untuk membuat apa-apa perubahan supaya dapat pulang lebih awal atau kemudian daripada kumpulannya, tertakluk kepada syarat masing- masing syarikat penerbangan.
2.2.3.Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal.
[tablesome table_id=”8529″ show_serial_number_column=”0″ search=”0″ hide_table_header=”0″ sorting=”1″ filters=”0″ page_limit=”10″]
4.1. Pakej Pelancongan FIT :
4.2. Pakej Pelancongan Berkumpulan :
[tablesome table_id=”8530″ show_serial_number_column=”0″ search=”0″ hide_table_header=”0″ sorting=”1″ filters=”0″ page_limit=”10″]
5.1. Tanggungjawab Anggota Pelancongan
Anggota pelancongan mestilah mempunyai :
(a) Pasport antarabangsa atau dokumen perjalanan diiktiraf yang lain yang sepatutnya sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan semula ke negara asal
(b) Visa yang perlu dan perakuan vaksinasi dan kesihatan yang dikehendaki oleh pelbagai pihak berkuasa negara yang hendak dilawati
5.2. Tanggungjawab Syarikat
5.3. Fi dan Caj Yang Relevan
5.4. Penolakan Visa atau Dokumen Perjalanan.
5.5. Penolakan Kemasukan.
(1) Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat lawatan dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak menaikkan harga dengan syarat ia mernberitahu pelanggan dengan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.
(2) Syarikat berwaad bahawa perkara-perkara yang berikut dimasukkan ke dalam tambang pelancongan:
(3) Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam tambang pelancongan ialah :
Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana anggota berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan bersiar-siar, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain yang termasuk dalam tambang tetapi tidak digunakan oleh anggota pelancongan atas sebab peribadi.
Syarikat penerbangan ada memperuntukkan elaun bagasi percuma dan kuantum dan syaratnya mungkin berbeza antara satu syarikat kapal terbang dengan yang lain atau antara satu pihak berkuasa lapangan terbang dengan yang lain. Peraturan ini turut terpakai bagi bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Ejen pelancongan akan menasihati penumpang tentang syarat-syarat itu. Penumpang dikehendaki membeli pelindungan insurans yang mencukupi.
Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan lawatan bersiar-siar, hotel dan Ialuan diubah. Jika ini berlaku, syarikat hendaklah membuat perkiraan alternatif bergantung kepada keadaan tempatan.
Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau tempahan yang telah dibuat untuk pelanggan atau untuk enggan menerima atau mengekalkan seseorang menjadi anggota pelancongan sekiranya dia didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pelancongan itu. Syarikat juga berhak membatalkan tempahan jika atas apa-apa sebab, mana-mana pembawa, hotel atau kontraktor lain enggan untuk membenarkan mana-mana peserta menyertai pelancongan itu. Dalam mana-mana keadaan sedemikian tanggungjawab adalah semata-mata untuk memulangkan semula kepada anggota pelancongan itu wang yang telah dibayar setelah ditolak amaun perkhidmatan yang telah digunakan dan perkhidmatan dan pembatalan.
Syarikat dan ejen bersekutunya hendaklah bertanggungjawab bagi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan, sebagaimana yang ditunjukkan dalam brosur mereka. Syarikat hendaklah membayar pampasan yang sesuai yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Pelancongan sekiranya, selepas penyiasatan dibuat, Persuruhjaya mendapati perkhidmatan yang disediakan tidak seperti yang terdapat di dalam brosur dan perjanjian.
Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi.
Makluman: Aturcara ini sebelum COVID-19
* Harga di atas/pakej tertakluk kepada perubahan pertukaran matawang asing, kenaikan harga tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang semasa. Sila rujuk kepada staff SAMRAH Travel untuk sebarang pertanyaan mengikut harga semasa.
Ya, kami adalah agensi yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Lesen kami adalah (KPL/LN :5923 / 826825-U) . Anda boleh rujuk di laman rasmi MOTAC disini!
untuk semakan.
Kami menawarkan pakej Umrah dan pakej pelancongan muslim lain dengan harga yang berpatutan untuk pelanggan-pelanggan kami.
Kami memberi anda fleksibiliti untuk perjalan umrah anda. Jika anda mempunyai Tiket anda dan Visa kami akan uruskan hotel dan pengangkutan untuk anda dan juga sebaliknya jika anda mahu kami uruskan hanya Tiket dan Visa, kami juga boleh lakukannya. Memberikan anda pilihan untuk memilih pakej perjalanan anda sendiri mengikut kesesuaian keperluan anda. Sila semak pakej yang kami sediakan disini